ACSC/APF 2015

Kenyataan CSO
28
Feb

MENGEMBALIKAN KOMUNITI ASEAN UNTUK MASYARAKAT

Muat turn kenyataan CSO disini

1. PENDAHULUAN

1.1.  Persidangan Masyarakat Sivil ASEAN/ Forum masyarakat ASEAN (ACSC/APF) 2015 meraikan ulang tahun ke 10 sejak pertemuan pertama badan-badan masyarakat sivil di Malaysia. Kami, masyarakat sivil Asia Tenggara mengalu-alukan komitmen ASEAN dalam mewujudkan ASEAN yang bersifat pro-rakyat dan komuniti yang sejahtera dan makmur.Walaubagaimanapun, kami berasa kesal kerana cadangan- cadangan yang diberikan kepada anggota-anggota ASEAN sejak 2005 tidak diimplementasi dan dilaksanakan dengan jayanya.

1.2.  Ketika kerajaan negara-negara ASEAN sedang fokus untuk menuju ke arah membangunkan komuniti ASEAN pasca Visi 2015, masyarakat ASEAN terus menderita di bawah pemerintahan rejim dan authoritarian, peningkatan aktiviti ketenteraan, konflik bersenjata dan keganasan, campurtangan asing tidak sah, kekangan kebebasan dan pencabulan hak asasi manusia, proses yang tidak demokratik, rasuah dan system urus tadbir yang lemah, pembangunan yang tidak adil, diskriminasi, ketidaksaksamaan dan eksterime serta tiada toleransi dalam soal agama. Penafsiran yang sempit oleh ASEAN dalam soal kedaulatan negara dan polisi tidak campur tangan telah menghalang keberkesanan organisasi ini dalam menanggapi cabaran-cabaran serantau dan masyarakat terus dipinggirkan daripada mempengaruhi proses membuat keputusan di peringkat ASEAN.

1.3.  Kegagalan ASEAN dalam mengutarakan isu-isu penting masyarakat adalah disebabkan keutamaan organisasi ini dalam mengangkat model neo-liberal yang mengutamakan kepentingan korporat dan kumpulan elit termasuklah syarikat pemilikan negara. Pendekatan kami dengan proses yang diamalkan ASEAN ialah berdasarkan kritik serta penolakan terhadap kelonggaran undang-undang, penswastaan, perdagangan dan pelaburan yang bermula dari kerajaan atau korporat yang hanya akan melebarkan jurang ketidaksaksamaan, meningkatkan marginalisasi dan eksploitasi serta membantutkan proses keamanan, demokrasi, pembangunan dan pembangunan sosial di rantau ini.

1.4.  Meninjau kembali pendekatan kami terhadap ASEAN selama 10 tahun dan selepas konsultasi yang berterusan, kami ingin menekankan kembali cadangan-cadangan sebelum ini dan mengutamakan 4 kepentingan serantau serta perhatian terhadap isu-isu yang merentasi rantau ini.

2. KEPENTINGAN SERANTAU

2.1. Keadilan dalam Pembangunan

2.1.1.  Model pembangunan ASEAN untuk integrasi serantau serta ketidakseimbangan dalam perjanjian perdagangan serta pelaburan oleh negara-negara anggota telah gagal dalam memastikan pengagihan semula, serta keadilan dari segi ekonomi, jantina, sosial dan alam sekitar. Hasilnya, semakin banyak ketidaksaksamaan, kekurangan perlindungan sosial, penafian ke atas maklumat asas dan infrastruktur komunikasi, penurunan kualiti alam sekitar, kesan buruk terhadap perubahan iklim, perampasan sistematik ke atas kemudahan masyarakat untuk mendapat akses kepada tanah, air, sumber makanan yang selamat dan berkhasiat serta sumber-sumber lain. Perlombongan berskala besar dan projek-projek ekstraktif; proses perluasan pertanian korporat (termasuk menggalakkan organisme pengubahsuaian gen); perikanan komersial dan bersifat korporat; serta akuakultur yang intensif telah mencabul hak masyarakat tempatan ASEAN.

2.1.2.  Di sebalik pendirian negara-negara ASEAN menyokong Deklarasi Hak-Hak Orang Asal (UNDRIP), ‘’pembangunan negara’’ digunakan sebagai alasan untuk mengambil dan mengeksploitasi tanah, wilayah dan sumber orang asal. Di samping itu, proses nationalisasi tanah yang dimiliki oleh individu, komuniti  agama dan orang asal telah membenarkan perampasan tanah serta meningkatkan marginalisasi ke atas masyarakat yang sudah terpinggir dari segi ekonomi, politik dan sosial.

2.1.3.  Hak asasi wanita terus-menerus diancam dengan dasar-dasar yang regresif serta program yang bertujuan untuk mengekploitasi wanita atas nama pembangunan. Wanita, kanak-kanak perempuan dan kumpulan- kumpulan yang terpinggir berterusan dijadikan mangsa pemerdagangan manusia dan keganasan seksual yang mengancam kehormatan serta hak asasi mereka.

2.1.4.  Proses liberalisasi pasaran buruh telah meningkatkan peluang pekerjaan dan akan terus memberi kesan negative terhadap hak pekerja terutamanya wanita dan ini termasuklah pekerja tempatan dan asing, pekerja seks, pembantu rumah and mereka yang bekerja di sektor informal sama ada mereka mempunyai dokumen atau tidak.

2.1.5.  Migrasi buruh paksa bertambah buruk dengan penafian oleh negara dalam mendapatkan pekerjaan serta upah yang baik, hak untuk mewujudkan kesatuan buruh yang bebas, tawa-menawar yang kolektif, perlindungan tempoh pekerjaan, keselamatan sosial, keselamatan di tempat kerja, perkhidmatan kesihatan yang selamat dan mampu diakses termasuk kesihatan dan hak seksual serta reproduktif, akses kepada pendidikan yang berkualiti, perlindungan daripada keganasan dan proses yang efektif dalam menangani kumpulan penyeludup. Kegagalan negara dalam melindungi rakyatnya sendiri yang dieksport sebagai pekerja asing dan tindakan kerajaan menangkap pekerja-pekerja yang mendedahkan eksploitasi meningkatkan lagi kebarangkalian berlakunya pemerdagangan manusia.

2.1.6.  Pelan integrasi ekonomi serantau tidak memastikan syarikat bertanggungjawab ke atas pencabulan hak asasi manusia serta piawaian sosial dan alam sekitar. Bahkan, syarikat-syarikat diberikan lebih banyak kuasa melalui langkah-langkah perlindungan dalam pelaburan dan penyelesaian konflik pelabur-negara (ISDS) dalam kerangka AEC Perjanjian Pelaburan Komprehensif ASEAN. ISDS memberi peluang kepada syarikat untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas kerajaan dalam isu berkaitan undang-undang tempatan yang menjamin kepentingan awam tetapi tidak memberi manfaat kepada kepentingan syarikat.

2.2. Proses Yang Demokratik, Tadbir Urus dan Hak Asasi serta Hak Kebebasan Asasi

2.2.1.  Selama beberapa tahun yang lepas, ASEAN komited dalam mempromosikan demokrasi dan hak asasi manusia di peringkat serantau. Dalam ertikata demokrasi yang sebenar, masyarakat mempunyai hak yang penuh, bermakna, inklusif dan partisipasi oleh perwakilan daripada masyarakat sendiri. Kemahuan masyarakat dapat diutarakan menerusi system urus tadbir yang bebas dan transparen, pilihan raya yang adil dengan kewujudan parti politik yang pelbagai serta sistem yang pluralistic. Tetapi, tiada mekanisme yang efektif dari segi konsultasi serantau wujud untuk masyarakat sivil dalam ASEAN untuk melibatkan diri dalam merangka serta mengkiritik polisi serantau. Telah berlaku ketirisan yang sistematik dalam proses pilihan raya di rantau ini dan kemahuan masyarakat terus-menerus ditekan baik di peringkat serantau mahupun negara.

2.2.2.  Peningkatan sekatan di rantau ini semakin ketara dari sudut kebebasan ekspresi dan maklumat, kebebasan beragama dan kepercayaan, perhimpunan aman, berpersatuan baik secara online dan offline. Undang- undang yang wujud dalam beberapa negara anggota menafikan hak untuk mewujudkan persatuan masyarakat sivil, gerakan masyarakat, institusi keagamaan yang bebas, parti politik dan kesatuan pekerja yang bebas.

2.2.3.  Negara dan entiti bukan negara terus-menerus melakukan keganasan termasuk tindakan ganas anggota polis, penyeksaan, kehilangan secara paksa ke atas aktivis masyarakat sivil. Sebagai contoh, ketiadaan siasatan yang telus dalam kes Sombath Somphone oleh kerajaan negara-negara ASEAN, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Antara Kerajaan ASEAN (AICHR) dan mekanisme hak asasi manusia yang lain di rantau ini. Aktivis hak asasi manusia terus ditindas dengan undang-undang yang opresif termasuk undang-undang yang melarang sebarang aktiviti yang mengancam perpaduan negara, propaganda menentang kerajaan, penyalahgunaan kebebasan demokratik dan undang-undang hasutan di mana kesemua undang-undang ini menafikan ruang yang selamat dan konstruktif untuk masyarakat berpolitik.

2.2.4.  Meskipun berlaku peningkatan dari segi pencabulan hak asasi manusia di Asia Tenggara, tiada mekanisme hak asasi manusia di ASEAN yang mampu menangani isu ini. AICHR dan Suruhanjaya Pendukungan dan Perlindungan Hak Wanita dan Kanak-Kanak ASEAN (ACWC) tidak mempunyai mekanisme yang kukuh dari segi pemantauan, akauntabiliti serta penguatkuasaan serta kegagalan dalam melindungi hak asasi manusia agar ianya konsisten dengan piawaian antarabangsa.

2.3. Keamanan dan Keselamatan

2.3.1.  Pertelingkahan yang berterusan dalam isu wilayah dan konflit sempadan wujud dalam rantau ASEAN dan antara negara ASEAN mahupun bukan negara ASEAN. Isu-isu sebegini bertambah buruk akibat kekurangan komitmen yang komprehensif dalam memenuhi tanggungjawab terhadap wilayah asing. Konflik-konflik sebegini digunakan oleh negara untuk mewujudkan xenophobia, kebencian terhadap wanita dan ultra-nationalisme. Ketidakmampuan ASEAN untuk mewujudkan keamanan, keadilan dan pembangunan telah membawa kepada ketidakstabilan politik,perpindahan dalam negara, ketiadaan hak kewarganegaraan, pelarian, pemerdagangan manusia, migrasi secara paksa, konflik maritime dan laut, pencabulan hak asasi manusia, ancaman terhadap kehidupan para nelayan di kawasan pinggir laut, kawasan laut yang tidak dituntut, persaingan merebut dan mengawal sumber asli, keganasan seksual dan jantina serta ketiadaan jaminan keselamatan manusia secara umum.

2.3.2.  Pendekatan sempit dalam prinsip tidak campurtangan telah memberikan laluan kepada negara-negara untuk bertindak secara berleluasa dan mengabaikan hak asasi manusia seperti apa yang terjadi ke atas Rohingya; Montagnard, Hmong dan Khmer Krom; Bangsamoro; Patani, Papuan dan konflik-konflik di wilayah lain.

2.3.3.  Dalam rundingan damai dan pembangunan semula pasca konflik, rantau ini gagal dalam mewujudkan proses yang inklusif dan bersifat representatif dengan melibatkan semua komuniti yang terlibat serta mengiktiraf kepentingan sumbangan wanita dan kumpulan terpinggir dalam proses ini. Mekanisme penyelesaian masalah yang sedia ada tidak meliputi situasi konflik bersenjata dalam negara dan ianya masih belum digunakan secara efektif dalam menyelesaikan pertelingkahan. Tidak ada mekanisme yang jelas dalam memastikan perjanjian penyelesaian masalah dilaksanakan serta tiada instrumen atau mekanisme serantau yang berstatus undang-undang dan harus dipatuhi. Kekurangan dari sudut kemahuan politik telah mengakibatkan berlakunya perlanggaran perjanjian damai dan gencatan senjata.

2.3.4.  Negara dan entiti bukan negara seperti insitusi perniagaan dan kewangan yang memburukkan lagi krisis sedia ada atau mencabuli hak asasi manusia sewaktu meletusnya konflik tidak dikenakan sebarang tindakan. Bahkan, tentera serta paramiliteri telah digunakan untuk mendapatkan pelaburan seperti projek perlombongan asing, empangan, perladangan, peramapsan tanah dan mencabuli keamanan dan keselamatan komuniti yang terjejas akibat konflik tersebut.

2.4. Diskriminasi dan Ketidaksaksamaan

2.4.1.  Diskriminasi menafikan masyarakat akan hak yang dimiliki serta mengekalkan ketidakseimbangan kuasa dalam usaha merealisasikan kesaksamaan peluang, akses dan hasil. Pelbagai bentuk diskriminasi hasil daripada penindasan merangkumi pelbagai kaum, inter- dan intra agama atau kepercayaan, etnisiti, kewarganegaraan, umur, jantina, kelas, status politik dan ekonomi, kemampuan, lokasi geografi, status HIV, status perkahwinan dan mengandung, dan orientasi seksual dan identiti gender/ ekspresi (SOGIE). Ini dapat dilihat dari sfera kehidupan peribadi atau awam masyarakat di Asia Tenggara.

2.4.2.  Ketidaksaksamaan dan diskriminasi terus diamalkan baik secara langsung dan tidak langsung dari segi undang-undang dan amalan negara mahupun entiti bukan negara terutamanya sektor swasta dan kumpulan ekstremis. Amalan budaya, tradisional dan agama yang tidak konsisten dengan piawaian hak asasi manusia terus diabaikan oleh kerajaan dan kadang kala ianya dijadikan alasan untuk mencabuli hak asasi manusia. Mereka mengenakan amalan tradisional bersifat patriarki yang akhirnya membawa kesan seperti pengawalan dan penafian personaliti undang-undang yang berbeza, peningkatan keganasan khususnya atas dasar jantina dan seksualiti dan seringkali digunakan untuk menyekat pergerakan masyarakat dan akses kepada pendidikan, budaya, penjagaan kesihatan seksual dan reproduktif serta jawatan pemimpin. Tiada undang-undang atau akauntabiliti wujud dalam menangani pencabulan yang dilakukan oleh entiti bukan negara.

2.4.3.  Dalam usaha ASEAN mengorak langkah menuju ke arah integrasi ekonomi serantau, ketidaksaksamaan dan kekurangan pertumbuhan ekonomi akan mewujudkan lagi kemiskinan, ketidakseimbangan dalam pengagihan kekayaan, sumber asli, kuasa dan peluang antara negara, antara kaya dan miskin dan antara lelaki dan perempuan. Ketidaksaksamaan dari segi ekonomi akan menghalang masyarakat ASEAN daripada menikmat i faedah pertumbuhan ekonomi atau perubahan dalam pengagihan semula.

Mengambil kira kepentingan-kepentingan serantau ini, masyarakat sivil Asia Tenggara mengulang kembali cadangan-cadangan lepas dan menyeru ASEAN serta anggota-anggota ASEAN untuk menerima pakai serta melaksananakan cadangan-cadangan menyeluruh dan spesifik berikut:

CADANGAN-CADANGAN MENYELURUH

Kami menggesa negara-negara ASEAN untuk:

3.1. Menegakkan prinsip dan piawaian hak asasi antarabangsa

3.1.1.  Menandatangani serta memenuhi tangganjungjawab negara termasuk tanggungjawab wilayah asing di bawah undang-undang hak asasi antarabangsa termasuk Protokol-Protokol Pilihan; membuang semua pengecualian yang dibuat; jika ada; dan menggubal undang-undang atau mewujudkan mekanisme akauntabiliti yang akan mendukung serta menginstitusikan implementasi tersebut. Semua negara perlu mendukung prinsip tiada pengurangan dengan memperbaharui serta menghapuskan undang-undang yang mengancam hak untuk hidup, kebebasan dan kehormatan termasuk hukuman mati.

3.1.2.  Instrumen hak asasi ASEAN harus patuh kepada undang-undang antarabangsa dan prinsip universal serta piawaian hak asasi manusia.

3.2. Memastikan akauntabiliti kepada masyarakat ASEAN

3.2.1. Melindungi, menggalakkan, memenuhi dan merealisasikan hak asasi individual atau kolektif seluruh rakyat terutamanya lapisan masyarakat yang rentan dan terpinggir. Ini merangkumi tanggungjawab wilayah asing dan pengiktirafan terhadap ketinggian prinsip universal hak asasi manusia yang lebih utama daripada tanggungjawab-tanggungjawab yang lain.

3.3. Mengukuhkan mandat AICHR, ACWC, ACMW (Deklarasi Mempromosi dan Melindungi Hak Pekerja Asing ASEAN) dan mekanisme hak asasi akan datang

3.3.1.  Terma rujukan badan-badan ini perlu diperkukuhkan termasuklah kapasiti untuk menjalankan lawatan dan siasatan di negara, isu-isu yang berkaitan dengan cadangan-cadangan yang diutarakan kepada negara- negara ASEAN, menyediakan semakan berkala ke atas situasi berkaitan hak asasi manusia, mewujudkan kumpulan gerak kerja dalam isu-isu tema, menerima dan memaklumkan sebarang aduan, dan menginstitusikan kerangka inklusif dalam menghubungkan pemegang-pemegang taruh yang relevan terutamanya masyarakat sivil, institusi nasional hak asasi dan komuniti yang terancam / mangsa.

3.3.2.  Mematuhi prinsip-prinsip ketelusan, keadilan dan kebebasan sepertimana yang termaktub dalam terma rujukan AICHR dan ACWC, dan memastikan mereka yang dilantik memenuhi syarat-syarat minima seperti memiliki kepakaran dalam bidang hak asasi manusia, rekod hak asasi yang baik serta kemampuan untuk berhenti daripada menjalankan tugas dengan penuh integriti dan bebas daripada sebarang pengaruh.

3.3.3.  Membangungkan proses yang bersifat telus, partisipatif dan inklusif dengan melibatkan masyarakat sivil, NHRIs serta pemegang-pemegang taruh yang relevan dari segi pemilihan dan pelantikan wakil.

3.4. Meneruskan komitmen antarabangsa dalam Visi Komuniti ASEAN pasca 2015

3.4.1. Memastikan piawaian dan elemen-elemen yang dicadangkan dalam Visi Komuniti ASEAN pasca 2015 dan Matlamat Pembangunan ASEAN memenuhi komitmen hak asasi antarabangsa serta tidak merendahkan prinsip universal berkaitan kesaksamaan dan tiada diskriminasi. ASEAN juga harus komited terhadap rangka kerja yang bertujuan untuk menghapuskan segala bentuk peraturan dan sistem yang mewujudkan ketidakseimbangan dalam pengagihan kekayaan dan sumber antaran negara, antara kaya dan miskin, antara lelaki dan perempuan dan kumpulan masyarakat yang lain. ASEAN juga perlu menggunapakai pendekatan yang inklusif dan konstruktif dalam mendekati masyarakat sivil untuk proses penggubalan serta memantau implementasi visi pasca 2015 ini.

4. CADANGAN-CADANGAN SPESIFIK UNTUK KELANGSUNGAN KEUTAMAAN SERANTAU

ASEAN dan negara-negara anggota perlu:

4.1. Memastikan Keadilan dalam Pembangunan

 

4.1.1.  Membangunan integrasi Komuniti ASEAN yang bercirikan nilai-nilai kerjasama, sumbangan aktif kepada pembangunan, berdikari dan akauntabiliti kepada organisasi-organisasi masyarakat sivil dan keadilan dalam pembangunan yang menjamin pengagihan semula, keadilan dari segi ekonomi, alam sekitar, jantina dan sosial serta akauntabiliti.

4.1.2.  Meletakkan mekanisme akauntabiliti ke atas negara dan entiti swasta serta mengiktiraf dan menggalakkan hak masyarakat ASEAN. Ini termasuklah langkah membasmi kemiskinan seiring dengan keperluan alam sekitar dan ekologi; menandatangani inisiatif-inisiatif seperti Kerjasama Terbuka Kerajaan yang bersesuaian dengan Prinsip UN dalam Bisnes dan Hak Asasi; menghentikan dasar pengambilan tanah atas nama pembangunan ekonomi yang hanya mengakibatkan impak negatif kepada masyarakat orang asal dan ekologi mereka; dan memperkenalkan undang-undang yang menghormati pemilikan tanah secara individu dan kolektif komuniti.

4.1.3.  Memelihara soal hak intelektual dalam perjanjian domestik atau antarabangsa yang menyekat akses untuk mewujudkan penjagaan kesihatan dan ubat-ubatan secara percuma dan mampu milik, termasuklah maklumat berkenaan penyelidikan awam dan isi kandungan kreatif serta hal-hal yang menjejaskan kesihatan awam, hak para petani, pengetahuan dan amalan tradisional masyarakat orang asal serta hak terhadap maklumat umum terhadap kesan-kesan yang tidak diingini.

4.1.4.  Mewujudkan Piagam Alam Sekitar dan mengambil pendirian yang sama dalam isu perubaham iklim, menekankan persamaan tetapi berbeza tanggungjawab dan mempertahankan pendirian ini semasa Persidangan Anggota kali ke 21. Menggunapakai prinsip-prinsip dalam Konvensyen Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu terhadap Perubahan Iklim dan Deklarasi Rio, ASEAN harus beriltizam untuk mengadakan kolaborasi serantau dari sudut adaptasi dan mitigasi, fokus terhadap bekalan makanan dan peningkatan sumber boleh ubah serta peruntukan kewangan jangka panjang terutamanya untuk mitigasi kerugian dan pampasan.

4.1.5.  Menyediakan pengiktirafan undang-undang kepada masyarakat orang asal sebagai warganegara dengan hak yang setara untuk mendapatkan persetujuan yang bebas dan dimaklumkan terlebih dahulu dan hak terhadap tanah, wilayah serta sumber-sumber yang diiktiraf oleh UNDRIP serta instrumen-instrumen antarabangsa termasukla Dokumen Hasil Persidangan Dunia Tentang Orang Asal.

4.1.6.  Memastikan penggubalan dasar perdagangan dan rundingan telus dan konsisten dengan kewajiban mematuhi hak asasi manusia terutamanya di peringkat tempatan. Ini merangkumi input daripada masyarakat sivil dan gerakan sosial termasuk gerakan yang mewakili petani, wanita,golongan LGBTIQ, komuniti pedalaman dan pekerja dalam soal merangka, implementasi dan memantau bantuan modal, program-program pembangunan dan strategi.

4.1.7.  Memastikan undang-undang tempatan dan dasar seiring dengan perjanjian hak asasi antarabangsa dan ILO serta piawaian antarabangsa dalam mendepani pasaran buruh bebas di bawak Komuniti Ekonomi ASEAN 2015. Ini merangkumi: memastikan pekerja mendapat hak jaminan kerja, kerja yang baik, pendapatan isi rumah, pembayaran yang setara dengan nilai kerja, persekitaran yang selamat dan bebas daripada bahaya, kesaksamaan gender, tawar-menawar kolektif dan kesatuan buruh; mengurangkan beban wanita yang bekerja di bahagian penjagaan tidak berbayar dan kerja-kerja domestik melalui peruntukan servis penjagaan sosial dan infrastruktur, polisi perlindungan sosial, dan galakan berkongsi tanggungjawab di dalam keluarga dan komuniti; menghapuskan buruh kanak-kanak, buruh paksa, pemerdagangan manusia, program-program kerajaan berkenaan buruh eksport yang mengeksploitasi buruh migran dan menggalakkan broker perkahwinan internasional untuk tujuan komersial yang membawa kepada pemerdagangan manusia.

4.1.8.  Menggunapakai instrumen undang-undang yang setaraf dengan piawaian undang-undang hak asasi antarabangsa untuk melindungi dan menyokong hak-hak pekerja migran serta keluarga mereka tanpa mengira status imigresen mereka.

4.2. Melindungi Proses Demokratik, Sistem Tadbir Urus dan Hak Kebebasan Asasi

4.2.1.  Komited untuk mewujudkan mekanisme yang dapat memastikan partisipasi yang bermakna dan substantif, inklusif, representatif oleh semua masyarakat ASEAN dalam semua proses baik di peringkat tempatan atau serantau tanpa sebarang prejudis dan sekatan.

4.2.2.  Menggubal atau meminda Perlembagaan dan undang-undang yang menyekat partisipasi masyarakat dalam bidang politik dan sivil melalui proses yang demokratik. Ini termasuk undang-undang yang sejajar dengan Deklarasi Bangkok berkenaan Pilihan Raya yang bersih dan adil serta memperkenalkan undang-undang yang menyokong ketelusan serta partisipasi masyarakat dalam soal pentadbiran termasuklah hak untuk mewujudkan parti politik dan perbezaan pendapat.

4.2.3.  Menghentikan pencabulan hak asasi manusia yang disasarkan ke atas aktivis hak asasi dan ini merangkumi: menghapuskan undang-undang yang menyekat kebebasan ekspresi baik secara online dan offline, kebebasan beragama atau kepercayaan; membebaskan semua tahanan di bawah undang-undang tersebut; meminda undang-undang yang menyekat kebebasan dan akses kepada maklumat; menandatangani, meratifikasi dan melaksanakan langkah-langkah sejajar dengan Konvensyen Antarabangsa untuk Perlindungan daripada Kehilangan Secara Paksa dan Resolusi Majlis Hak Asasi Manusia PBB tentang Perlindungan kepada Aktivis Hak Asasi; dan melarang serta menghukum sebarang bentuk keganasan yang dilakukan oleh negara atau entiti bukan negara termasuklah keganasan yang dilakukan oleh pihak polis, penyeksaan, dan kehilangan secara paksa.

4.3. Komited kepada Keamanan dan Keselamatan

4.3.1.  Menunjukkan komitmen terhadap keselamatan secara komprehensif dan kolektif sepertimana yang termaktub dalam Kerangka Awal Keselamatan Politik ASEAN dengan mengurangkan perbelanjaan ketenteraan, memastikan ketelusan dan akauntabiliti dalam penggunaan bajet negara untuk pembangunan komuniti dan menyediakan persekitaran yang sesuai untuk golongan wanita melibatkan diri dalam proses membuat keputusan termasuklah sokongan ke atas pimpinan wanita dan pendidikan komuniti untuk mencegah segala bentuk keganasan dan diskriminasi seksual dan gender.

4.3.2.  Mewujudkan Mekanisme Penyelesaian dan Pencegahan Pertelingkahan sebagai instrumen serantau dan tindak balas kecemasan terutamanya meletakkan klausa pencegahan di dalam Mekanisme Penyelesaian Pertelingkahan Piagam ASEAN dalam semakan akan datang.

4.3.3.  Bertindak mengikut prinsip-prinsip keamanan dan keselamatan sepertimana yang termaktub dalam Piagam PBB dan meratifikasi serta melaksanakan semua undang-undang antarabangsa hak asasi manusia, undang- undang antarabangsa kemanusiaan terutamanya Konvensyen Geneva, Konvensyen berkaitan Pelarian dan Protokol 1967 serta Konvensyen berkaitan Individu tanpa negara, tanggungjawab dalam Protokol Pilihan Konvensyen Kanak-Kanak berkenaan Penglibatan Kanak-Kanak semasa Konflik Bersenjata, Statut Mahkamah Jenayah Antarabangsa Rome dan meletakkan langkah-langkah untuk mengambil tindakan ke atas jenayah perang, jenayah ke atas kemanusiaan dan genosid di dalam bidang kuasa tempatan.

4.3.4.  Memastikan sistem keadilan dan pembaikan bersesuaian dengan kerangka kerja hak asasi manusia antarabangsa termasuklah Set Prinsip Terkini untuk Perlindungan dan Promosi Hak Asasi Manusia melalui Tindakan Memerangi Pengecualian Daripada Hukuman (2005) yang diwujudkan atas hak untuk mendapat maklumat, hak untuk mendapat keadilan dan hak untuk gantirugi/ jaminan kejadian berulang tidak berlaku.

4.3.5.  Mengiktiraf sumbangan penting oleh golongan wanita dan orang asal dalam mewujudkan keamanan dan proses pembinaan semula dan rehabilitasi selepas konflik. Ini merangkumi: membangun dan melaksanakan Pelan Tindakan Nasional terhadap Wanita, Keamanan dan Keselamatan bersesuaian dengan prinsip-prinsip yang termaktub dalam Resolusi Majlis Keselamatan PBB 1325 terhadap Wanita, Keamanan dan Keselamatan, Resolusi Majlis Keselamatan PBB 1820 dan 1888, CEDAW dan 30 Cadangan-Cadangan Umum; menyediakan gantirugi yang efektif dan bersesuaian dengan keadaan semasa untuk setiap bentuk keganasan yang dialami oleh wanita dan kanak-kanak dan pembaikan yang mencukupi serta komprehensif; dan menanggapi keganasan-keganasan berasaskan gender termasukan keganasan seksual dan reproduktif, domestik, perhambaan seks, kahwin paksa dan perpindahan secara paksa di samping keganasan seksual serta pencabulan hak ekonomi, sosial dan budaya.

4.3.6. Menyelesaikan semua isu pertelingkahan wilayah dan konflik sempadan di bawah prinsip bahawa setiap sumber yang wujud merentasi sempadan negara adalah warisan sejagat untuk masyarakat dan negara. Ini termasuklah: bekerjasama dengan semua pihak dan negara untuk menyelesaikan pertelingkahan dengan cara yang aman bersesuaian dengan undang-undang antarabangsa termasuklah Piagam PBB, Konvensyen PBB berkenaan Undang-Undnag Laut, Piagam ASEAN, Deklarasi tentang Tatacara Pihak di Laut China Selatan dan mencapai Kod terawal Tatacara di Laut China Selatan; menyelesaikan isu-isu berkaitan laut dan maritim di bawah prinsip bahawa laut dalam adalah terbuka kepada semua negara dan tidak ada mana- mana negara yang berhak untuk menjadikan laut dalam sebagai wilayahnya. Pada masa yang sama, negara- negara yang terlibat dalam pertikaian kawasan berusaha untuk mewujudkan pentadbiran bersama di kawasan tersebut.

4.4. Menghentikan Diskriminasi dan Ketidaksaksamaan

4.4.1.  Menggunapakai definisi tiada diskriminasi dengan kadar segera sepertimana yang diperuntukkan dalam undang-undang antarabangsa Hak Asasi Manusia terutamanaya Konevensyen Antarabangsa Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (CERD), Konvensyen Penghapusan Segala Bentuk Diskrimansi ke atas Wanita dan Konvensyen Hak Orang Berkelainan Upaya (CRPD); menghapsukan segala bentuk diskriminasi termasuk diskriminasi berasaskan kaum, inter dan intra agama atau kepercayaan, etnisiti, kewarganegaraan, umur, gender, taraf, status politik dan ekonomi, keupayaan, lokasi geografi, status HIV, status perkahwinan dan kehamilan dan orientasi seksual dan identiti/ekspresi gender (SOGIE).

 

4.4.2.  Mengiktiraf kewujudan diskriminasi dalam pelbagai dimensi dan bentuk serta merealisasikan kesaksamaan yang substantif melalui jaminan peluang yang sama, akses dan manfaat untuk masyarakat dari semua sektor termasuk wanita, LGBTIQ, kanak-kanak dan belia.

 

4.4.3.  Menghapus klausa moraliti awam dan relativiti budaya yang digunakan untuk menafi serta mencabul hak- hak masyarakat terutamanya wanita, LGBTIQ, dan kumpulan-kumpulan rentan dan terpinggir; dan mewujudkan mekanisme akauntabiliti terutamanya dalam menangani keganasan yang dilakukan oleh entiti bukan negara.

5. KESIMPULAN

5.1. Kami, masyarakat sivil Asia Tenggara, berdasarkan prinsip-prinsip hak asasi manusia, demokrasi, sistem urus tadbir yang baik, kedaulatan undang-undang, tiada diskriminasi, kesaksamaan yang substantif, progresif dan bukan regresif, kekal bersatu dalam usaha pembangunan serantau di Asia Tenggara untuk memartabatkan demokrasi, keamanan dan keselamatan, hak asasi individu dan kolektif, pembangunan yang menyeluruh untuk ASEAN yang bertransformatif serta merakyat.

5.2.  Justeru, kami menekankan kembali cadangan-cadangan yang telah dikemukakan dan menyeru semua anggota negara ASEAN untuk memandang serius akan kepentingan serantau dan cadangan-cadangan tersebut serta melaksanakan langkah-langkah yang positif untuk merealisasikannya secepat mungkin.